S’wak perlukan lebih banyak ventilator

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyumbangkan lebih banyak lagi ventilator (alat bantuan penafasan) untuk diagihkan kepada hospital di seluruh Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, KKM membekalkan beberapa ventilator untuk membantu hospital di negeri ini.

“Terima kasih kerana membawa 10 ventilator ke Sarawak untuk kegunaan segera dan menyelamatkan nyawa di negeri ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Kui Hian berkata, pada minggu depan, lebih banyak lagi ventilator yang akan tiba di negeri ini. Sementara itu, beliau mengalu-alukan ketibaan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ke Sarawak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Apr 2021

Suara Sarawak