S,wak sedia dana beli vaksin Covid-19 tambahan, jika perlu

BAU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperuntukkan dana untuk membeli vaksin Covid-19 bagi rakyat Sarawak jika bekalan menjadi masalah kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak menyasarkan memberi vaksin kepada dua juta penduduk menjelang Ogos depan.

“Kita juga memberitahu Kuala Lumpur berhubung sasaran untuk menyelesaikan program vaksinasi ini menjelang Ogos.

“Bagaimanapun, pencapaian rancangan dan sasaran kita ialah bergantung kepada bekalan yang kita dapat daripada Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Bilik Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Tringgus di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mac 2021

Suara Sarawak