ARTIKEL

S’wak tanam padi sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEBELUM ini kita dengar rakyat mengeluh dan merungut harga beras naik. Ini merisaukan orang awam kerana beras adalah makan utama golongan berpendapatan rendah.

Bukan itu sahaja, beras juga makanan turun-temurun nenek moyang kita sejak dulu lagi.

 Jadi memang tidak dapat dinafikan beras menjadi makanan paling penting kepada kehidupan kita

. Sebelum ini, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bakal menjadi negeri jelapang padi menjelang 2030.

Hal ini katanya, selepas projek rintis penanaman benih hibrid di kawasan Lubok Punggor di sini membuahkan hasil.

Kini Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti beberapa kawasan yang mempunyai keluasan lebih 10,000 hektar bagi meningkatkan pengeluaran padi, sekali gus memastikan keterjaminan makanan rakyat di negeri ini.

Lubok Punggor, Gedong sahaja mempunyai keluasan tanah milik kerajaan lebih daripada 700,000 hektar.

Antara kawasan lain yang turut dikenal pasti bagi tujuan sama adalah Tanjung Bijat di Sri Aman, Spaoh di Betong dan Tanjung Burung di Lundu.

Sekiranya penanaman benih hibrid ini dapat mengeluarkan 200,000 tan setahun dengan keluasan 10,000 hektar, Sarawak dapat mencapai 80 peratus tahap sara diri.

Jadi, daripada kita bergantung harap kepada import beras dari luar negara seperti Vietnam dan Thailand, mengapa tidak kita tanam sendiri?

Selain lebih murah dan cepat, kita dapat menjadi pengeksport beras kepada negara lain yang memerlukan. 

Malah, keluasan tanah yang dimiliki oleh Sarawak adalah kelebihan untuk rakyat di negeri ini menghasilkan sumber makanan yang mampan. 

Namun, sejauh manakah rakyat kita menyahut seruan Abang Johari untuk menjadikan tanaman padi sebagai sumber utama?

Rakyat harus berubah dan mengambil iktibar daripada peningkatan harga beras untuk menanam padi supaya dapat menghasilkan makanan untuk diri sendiri.

 Jika sebelum ini kita menanam padi hanya untuk menyara kehidupan, kini sudah tiba masanya kita menanam padi untuk dijual.

Jika sebelum ini kita menanam sayuran untuk menyara kehidupan, sudah tiba masanya kita menanam sayur untuk dijual. 

Pemikiran ini harus diterapkan supaya semua rakyat mempunyai kelebihan untuk berniaga kecilkecilan. Ini akan mengembangkan ekonomi setempat dan menambah pendapatan mereka pada masa akan datang.

Kita juga harus menyedarkan hal ini kepada orang kampung yang berada di pedalaman supaya menjadikan pertanian sebagai kerjaya yang tetap bukan suka-suka. Ini kerana, orang kampung di luar bandar mempunyai tanah yang luas untuk diusahakan.

Jika tidak diusahakan, maka tanah tersebut tidak membuahkan hasil. 

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah