ARTIKEL

S’wak terima bekalan penuh vaksin covid-19 sebelum akhir Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan memberikan jaminan bahawa Sarawak akan menerima sepenuhnya bekalan vaksin untuk 2.2 juta penduduk negeri ini sebelum akhir bulan Ogos nanti.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut adalah seperti yang telah dijanjikan dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, ia juga untuk membolehkan mereka menyelesaikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Sarawak pada bulan Ogos.

“Dengan jaminan bekalan kepada negeri ini, saya mengucapkan terima kasih kepada negeri ini kerana telah menyatakan hasrat Kerajaan Sarawak untuk membeli dan mendapatkan vaksin sendiri.

“Namun demikian dengan jaminan yang telah saya berikan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Uggah maka bekalan sepenuhnya akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak seperti mana yang telah dijanjikan, untuk kita selesaikan penghantaran sebelum akhir bulan Ogos pada tahun ini,” katanya

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) itu berkata demikian pada sidang media sempena Lawatan Kerja Menteri Mosti di Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa pembekalan besar vaksin akan mula dihantar ke Sarawak pada minggu pertama bulan Jun melibatkan skala besar yang dianggarkan 380,000 dos vaksin.

“Ia juga akan dihantar ke negeri ini setiap minggu sehingga mencapai 4.4 juta dos pada akhir Ogos nanti,” ujarnya.

BERITA LAIN

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam