S’wak United terajui liga

SKUAD Sarawak United FC (SUFC) menerajui takhta Liga Premier 2021 setelah menumbangkan Perak FC II 3-0 dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh petang semalam.

Bintang penyerang dari Nigeria, Uche Agba meledakkan dua gol (minit ke-76 dan 81), manakala satu lagi gol disumbangkan oleh penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-36).

Dengan kemenangan itu, SUFC kini menguasai carta liga dengan enam mata, setelah melakar dua kemenangan berturut-turut. Dalam aksi pertama, mereka menang 2-0 ke atas Kelantan United.

Bagi jurulatih SUFC, E. Elavarasan kemenangan tersebut, cukup berharga bagi meneruskan perjuangan selepas ini. “Sebelum perlawanan kita agak risau, kerana sudah lama tidak main petang, berbanding Perak yang sudah pun beraksi petang dalam aksi pertama. “Namun, pengalaman memberi perbezaan.

Perak dibarisi majoriti pemain muda,” jelas Evalarasan. “Kita agak bergelut pada awal saingan, dan cuba mencari jalan untuk memecah benteng mereka… akhirnya kita barjaya, terutama pada babak kedua,” ujarnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mac 2021

Suara Sarawak