ARTIKEL

Dr Sim menyaksikan pertukaran MOA untuk R&D Penyakit Generasi Akan Datang Pusat Sumber (NXDRC) antara Swinburne Sarawak dengan BioTective Sdn Bhd.

Swasta digesa bekerjasama dengan Kerajaan S’wak dalam bidang R&D teknologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pihak swasta digesa menjalin kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi terkini bagi tujuan menambah nilai kepada sumber sedia ada.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kolaborasi berkenaan termasuk inovasi dari sudut Kecerdasan Buatan (AI) dalam konteks ekonomi digital dan tenaga hijau untuk memacu pertumbuhan ekonomi masa depan negeri.

Sim mengalu-alukan inisiatif Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) dan BioTective Sdn Bhd, menjalin kerjasama dalam menjalankan R&D berkaitan digitalisasi penjagaan kesihatan.

“Saya gembira universiti ini akan mempunyai program AI sendiri berkaitan kesihatan digital melalui kerjasama dengan syarikat besar dan berpengalaman luas dalam penyelidikan antara di Hospital Putrajaya dan lain-lain,” katanya pada Majlis Memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) untuk R&D Penyakit Generasi Akan Datang Pusat Sumber (NXDRC) antara Swinburne Sarawak dengan BioTective Sdn Bhd, hari ini.

Pada majlis tersebut, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut melancarkan Swinburne AI dan Program Pemerkasaan Digital.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU