ARTIKEL

Swinburne raih tempat kedua dalam Ericsson Hack for Good 2.0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan pelajar Swinburne baru-baru ini memenangi tempat kedua dalam pertandingan ‘Ericsson Hack for Good 2.0’ di mana para peserta dikehendaki mereka cipta sistem penyelesaian berasaskan ‘Internet of Things (IoT)’.

Swinburne diwakili oleh kumpulan HUMMINGBIRD 4.0 yang terdiri daripada pelajar-pelajar kejuruteraan elektrikal dan elektronik iaitu Peter Ling Ting Rang, Brian Lim Ban Seng dan Tsen Xin Hui.

Kumpulan itu yang diselia Timbalan Ketua Sekolah Kejuruteraan Swinburne Dr Chua Hong Siang bertanding di bawah kategori tema IoT dalam Perubahan Iklim.

Mereka telah mencipta sistem penyelesaian yang berkuasa rendah, kos efektif dan bukan invasif yang boleh digunakan dalam pemantauan perubahan iklim.

Sistem itu merangkumi peranti sensor berkuasa rendah yang mempunyai jangka hayat lebih daripada 10 tahun tanpa perlu dicas semula atau gantian bateri, dron yang dilengkapi sensor dikenali sebagai Hummingbird yang boleh digunakan untuk memantau kawasan untuk tujuan pengesahan data, serta alatan solar yang dihidupkan secara automatik apabila keamatan cahaya rendah dan konsentrasi karbon dioksida tinggi.

Dengan menggunakan teknologi ‘Narrowband’ atau NB-IoT, proses keseluruhan termasuk peringkat persiapan mengambil masa selama lebih daripada sebulan.

Sistem penyelesaian ini secara tidak langsung memudahkan akses ke kawasan yang sukar dimasuki untuk tujuan menyemak status peranti sensor.

Penyelenggaraan hanya diperlukan apabila sistem penyelesaian itu mengesan perbezaan bacaan yang ketara antara peranti dan dron Hummingbird.

Menurut kumpulan pelajar Swinburne itu, kemenangan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam pemantauan alam sekitar dan turut memberi motivasi untuk mereka bekerja lebih keras lagi.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,