PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Swinburne Sarawak raih tempat kedua pertandingan IEM-UTM InvencMax

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tangkap layar sekumpulan pelajar dan pensyarah Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak.

KUCHING: Pasukan Squadra MM dari Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan IEM-UTM InvencMax baru-baru ini.

Universiti Teknologi Swinburne dalam kenyataan berkata, pasukan tersebut terdiri daripada pelajar jurusan kejuruteraan iaitu Chen Jia Jun (ketua), Brian Soon Dean, Jon Bonnar Bores, Foo Shee Hong, dan Millenium Wong.

“Lebih manis apabila mereka turut dinamakan sebagai pemenang anugerah Produk Paling Menarik untuk produk inovatif mereka yang mampu menyelesaikan masalah bandar futuristik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pertandingan dianjurkan secara maya oleh Institut Kejuruteraan Malaysia, bahagian pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan turut disertai pelajar dari universiti tempatan dan antarabangsa.

“Tema untuk tahun ini adalah ‘Next Generation Transportation’ yang memerlukan setiap kumpulan bertanding menyelesaikan masalah pengangkutan di Malaysia serta mempunyai tiga fasa,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru