ARTIKEL

Switzerland undi umur persaraan, pencen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

GENEVA: Warga Switzerland pada Ahad bakal mengundi dua inisiatif yang bertujuan untuk membentuk semula kehidupan pesara dengan cara berbeza, iaitu untuk meningkatkan bayaran pencen dan inisiatif menaikkan umur persaraan.

Kesatuan sekerja Switzerland mengemukakan cadangan untuk menambah bayaran keselamatan sosial bulanan tambahan untuk membantu pesara bersaing, selari peningkatan kos di negara Alpine yang kaya itu.

Inisiatif itu, bertajuk ‘Hidup yang lebih baik dalam persaraan’ memerlukan bayaran pencen bulanan ke-13 setiap tahun, serupa dengan tambahan gaji bulanan ke-13 yang diterima ramai pekerja di Switzerland.

Tinjauan pendapat menunjukkan majoriti pengundi Switzerland menyokong inisiatif itu, walaupun pendahulu pihak “ya” nampaknya semakin mengecil dan masih tidak jelas sama ada ia lulus.

Bayaran keselamatan sosial bulanan di Switzerland meningkat kepada 2,450 franc Swiss ($2,780) untuk individu dan 3,675 franc untuk pasangan suami isteri.

Ia mungkin kedengaran seperti jumlah yang banyak, tetapi pembayaran itu tidak besar di negara secara konsisten disenaraikan antara paling mahal di dunia.

Sewa untuk pangsapuri dua bilik tidur biasa di bandar raya Switzerland ialah sekurang-kurangnya 3,000 franc dengan harga kopi melebihi lima franc.

Jika Switzerland memberi isyarat kepada peralihan itu, mereka bukan yang pertama di Eropah kerana negara jirannya Liechtenstein, sebuah lagi negara mahal yang menggunakan franc Swiss, mempunyai sistem sama selama bertahun-tahun.

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU