PENGARAH filem Polis Evo 3, Syafiq Yusof menyifatkan kejayaan filem tersebut adalah atas didikan bapanya, Datuk Yusof Haslam dan abangnya Syamsul Yusof.
Pengarah muda ini menzahirkan rasa terima kasih kepada bapa dan abangnya atas kejayaan yang dikecapinya kini.
Dalam 24 hari tayangan, Polis Evo 3 mencatat rekod baharu apabila mengutip RM50 juta sekali gus mengatasi filem Munafik 2 arahan abangnya itu.
Bagaimanapun, Syafiq tidak menganggap ia sebagai persaingan kerana akur bahawa Syamsul jauh lebih hebat sebagai pengarah.
“Alhamdullillah, saya sama sekali tidak menyangka Polis Evo 3 dapat memintas rekod Munafik 2 .
“Masih jauh sebenarnya hendak memintas satu lagi filem arahan Syamsul, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan,” katanya memetik media tempatan.