ARTIKEL

Syarat niaga di rumah: Jalani ujian kesihatan, sedia kaunter daftar, pengimbas suhu, sanitasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Selepas Majlis Perbandaran Sibu (MPS) membatalkan bazar Ramadan utamanya, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) turut mengumumkan keputusan yang sama.

Pengerusinya Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, bazar Ramadan di tapak

Pasar Ria Sibujaya dibatalkan susulan situasi masih membimbangkan melanda negeri ini.

“Majlis memaklumkan MDLBS turut membatalkan bazar Ramadan yang sepatutnya diadakan di Pasar Ria Sibujaya.

“Bagaimanapun seperti MPS, kami membenarkan mereka yang menjual juadah berbuka puasa ini dari rumah dengan syarat yang ditetapkan,” jelas beliau.

MDLBS kata beliau, menetapkan agar semua peniaga berkenaan termasuk pengendali makanan dan pembantu diwajibkan terlebih dahulu menjalani ujian rt-PCR dan membuat pemeriksaan kesihatan terkini.

Peniaga ujarnya juga dikehendaki menyediakan kaunter saringan pendaftaran, alat pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera, buku daftar (nama, nombor telefon, tarikh, masa, suhu) dan cecair pensanitasi tangan.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 April 2021

BERITA LAIN

BERITA TERBARU