ARTIKEL

Syarikat induk Malaysia Airlines pelbagaikan perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines), Malaysia Aviation Group (MAG) sedang mempelbagaikan perniagaannya kepada perniagaan bukan penumpang, bukan penerbangan, iaitu perkhidmatan penerbangan dan penyelesaian kesetiaan serta perjalanan (LTS) dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang untuk memastikan ia berdaya tahan.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail, berkata kumpulan itu mengorak langkah yang membanggakan untuk pulih daripada cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini iaitu pandemik COVID-19.

“Kami berjaya mengekalkan kedudukan positif tunai selama 21 bulan berturut-turut sejak Oktober 2021 dengan baki tunai yang semakin meningkat mencecah RM5 bilion.

“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan MAG kekal fokus ke arah mencapai pulangan modal tahun ini,” katanya pada sidang media sempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), di sini. Pameran itu berlangsung pada1 hingga 3 September 2023.

Izham berkata, selepas penstrukturan semula semasa pandemik digabungkan dengan peralihan strategi untuk memberi tumpuan kepada hasil lebih tinggi di pasaran antarabangsa, MAG kini berada dalam kedudukan yang baik untuk membuat beberapa pelaburan utama yang tidak dapat dilakukannya pada masa lalu.

Beliau berkata, ia termasuk meningkatkan pengalaman pelanggan untuk memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan yang sentiasa berubah; memanfaatkan perkongsian untuk mengembangkan jangkauan rangkaian dan penawaran produk; mengekalkan disiplin kewangan dengan sasaran jelas dan pengurusan prestasi ketat.

Selain itu, katanya ia meningkatkan prestasi kakitangannya untuk memastikan tenaga kerjanya kekal tangkas berdaya tahan terhadap sebarang kejutan ekonomi serta menggabungkan amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merentas perniagaan.

Izham berkata, seiring dengan aspirasinya untuk menjadi kumpulan perkhidmatan perjalanan dan penerbangan terkemuka di Asia berpandukan kepada Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0, MAG kekal kukuh dalam melaksanakan peranannya sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan pelancongan untuk Malaysia.

“Kumpulan dijangka membawa 20 juta penumpang setiap tahun dalam tempoh dua tahun akan datang sekali gus menyokong pertumbuhan industri pelancongan di Malaysia.

“Pada peringkat yang lebih luas, operasi MAG juga dijangka menjana lebih RM73 bilion dalam penggandaan ekonomi dan menyokong sekitar 79,000 tambahan pekerjaan untuk ekonomi yang lebih luas setiap tahun, justeru industri penerbangan turut menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Sementara itu, mengulas bekalan makanan dalam penerbangan MAG, Izham berkata, POS Aviation, MAS Awana dan enam pembekal lain membekalkan makanan untuk syarikat penerbangan itu selepas sambungan kontrak dengan Brahim’s Food Services (BFS) tamat pada 31 Ogos 2023.

Berkenaan pengambilalihan BFS, beliau tidak dapat mendedahkan butirannya kerana MAG memeterai perjanjian tidak mendedahkan (NDA) dengan pihak berkaitan berhubung baki 70 peratus kepentingan dalam BFS.

“Saya tidak dapat mendedahkan lebih lanjut rundingan tersebut, bagaimanapun saya mahu mengulangi bahawa MAG menjalankan amalan perniagaan yang adil dengan semua rakan kongsi tempatan dan antarabangsa,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU