ARTIKEL

REZEKI RAMADAN... Lee (duduk tengah) dan pasukannya merakam kenangan bersama murid SK Kampung Seberang, Lawas, selesai penyampaian sumbangan, hari ini.

Syarikat Korea laksana CSR, sumbangan RM10,000 masing-masing kepada dua sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Selain menyokong keperluan pendidikan di Lawas, sumbangan OCIM kepada dua sekolah di sini merupakan terjemahan kepada usaha untuk membantu melahirkan profesional pada masa depan.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam OCIM, Lee Sang Chan, berkata sumbangan RM10,000 masing-masing kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang dan SK Pusat di sini bertujuan menyokong keperluan pendidikan murid tempatan dan memperkasakan mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik.

SYUKUR… Lee (dua kiri) menyampaikan replila cek kepada wakil SK Pusat, Lawas.

“Di samping itu, membantu pelbagai usaha bagi meningkatkan pendidikan termasuk penambahbaikan infrastruktur, sumber dan program kebajikan pelajar.

“Selain itu, OCIM berhasrat menyumbang dalam melahirkan pemimpin dan profesional pada masa depan yang akan memacu perubahan positif dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, usaha tersebut juga adalah komitmen berterusan pihaknya kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Usaha syarikat tenaga hijau dan kimia global terkemuka yang beribu pejabat di Korea itu, yang terdapat di Sarawak dan Kuala Lumpur, disambut baik oleh pihak sekolah.

Guru Besar SK Pusat, Hamdan Bakar, menzahirkan penghargaan atas sumbangan OCIM.

Baca lain  Warga emas maut, pembonceng cedera apabila motosikal langgar lori di Mukah

Katanya, sumbangan ini membolehkan pihak sekolah bagi meningkatkan persekitaran pembelajaran dan menyediakan pelajar dengan sumber diperlukan untuk berjaya.

Sementara itu, Guru Besar SK Kampung Seberang, Abu Bakar Damit, berharap mereka dapat meneruskan hubungan baik dengan OCIM demi menyokong aspirasi pendidikan murid.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,