ARTIKEL

Abang Johari menyempurnakan Perasmian Kompleks Kebajikan Dalat di sini hari ini.

Syarikat Korea Selatan ingin bina kompleks petrokimia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Syarikat Korea Selatan menyatakan hasrat untuk membina kompleks petrokimia di Sarawak dengan pelaburan yang tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg berkata, ini adalah disebabkan komitmen Sarawak terhadap tenaga boleh diperbaharui dan pengeluaran hidrogen.

“Ia telah menarik minat negara luar untuk melakukan pelaburan dan ini menunjukkan bahawa mereka yakin dengan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Hotel Butik Dalat dan Kompleks Kebajikan Dalat, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, penggunaan hidrogen sebagai sumber diperbaharui boleh dipecahkan dan dihasilkan menjadi ammonia kemudian digunakan untuk industri perkapalan.

Jelasnya, kita boleh menghasilkan metanol daripada hidrogen dan disebabkan ini, banyak pihak yang maju melabur di Sarawak.

“Bukan sahaja Korea Selatan, malah banyak negara lain yang akan melakukan pelaburan di Sarawak berdasarkan pembentangan ketika saya berada di Korea Selatan, baru-baru ini.

“Mengikut pelan tenaga boleh diperbaharui, ia akan dilanjutkan sehingga tahun 2030. Namun, dengan adanya kemasukan pelaburan baharu ini kelak, garis masa akan dilanjutkan kepada tahun 2050

“Ini tentunya akan memberi manfaat kepada generasi akan datang, termasuklah mereka yang belum dilahirkan,” jelasnya lagi.

Tambahnya, generasi akan datang akan menikmati pelbagai kemudahan, peluang pekerjaan serta kehidupan yang selesa dan ini lah matlamat utama kita.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Abang Johari menyempurnakan Perasmian Kompleks Kebajikan Dalat di sini hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU