ARTIKEL

PENYAMPAIAN HADIAH... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Kejohanan Muay Thai Amatur Bintulu Edisi Kelima.

Syarikat korporat diseru sokong pembangunan atlet Muay Thai Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Syarikat korporat diseru memperkukuh sokongan terhadap pembangunan sukan Muay Thai di Sarawak menerusi penyaluran dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu melahirkan lebih ramai atlet berpotensi ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata sokongan sektor korporat amat diperlukan bagi membantu kelab-kelab tempatan menyediakan kemudahan latihan, peralatan berkualiti serta mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman.

PENGHARGAAN… Iskandar Turkee menyampaikan plak penghargaan kepada wakil Press Metal Sdn. Bhd.

Beliau berkata pembangunan atlet muda memerlukan sokongan menyeluruh kerana bakat yang ada perlu digilap secara berterusan sebelum mampu bersaing di pentas lebih tinggi.

“Pelaburan dalam pembangunan belia melalui sukan bukan sahaja memenuhi tanggungjawab sosial korporat, malah merupakan pelaburan jangka panjang untuk melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia.

“Ramai anak muda mempunyai bakat besar dalam sukan, namun mereka memerlukan peluang,
bimbingan dan sokongan kewangan untuk berkembang menjadi atlet berprestasi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Muay Thai Amatur Bintulu Edisi Kelima di NAIM Street Mall, Paragon Bintulu, malam tadi.

Kejohanan berkenaan menyaksikan penyertaan 118 atlet daripada 14 kelab Muay Thai di seluruh Sarawak, termasuk Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Menurut Iskandar, perkembangan sukan Muay Thai di Sarawak semakin positif apabila terdapat atlet tempatan yang berjaya melangkah ke pentas antarabangsa, termasuk wakil negeri yang bakal beraksi di Greece.

Katanya, pencapaian itu membuktikan sukan Muay Thai mempunyai potensi besar untuk menjadi medan melahirkan atlet berkualiti sekiranya diberikan sokongan dan pendedahan yang sewajarnya.
Beliau turut menyeru ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti sukan seperti Muay Thai dan tinju kerana selain mencungkil bakat, ia turut membentuk disiplin, semangat juang serta jati diri golongan muda.

“Penyertaan dalam sukan mampu mengalihkan perhatian belia kepada aktiviti yang lebih positif. Mereka bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran, malah berpeluang mewakili Bintulu, Sarawak dan Malaysia pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Iskandar merakamkan penghargaan kepada Paragon Bintulu, Press Metal, Pejabat Pendidikan Daerah serta semua pihak yang menyokong penganjuran kejohanan berkenaan sebagai platform mencungkil bakat baharu dan memperkasa pembangunan sukan Muay Thai di Sarawak.

RAKAM KENANGAN… Iskandar Turkee merakam gambar bersama para pemenang Kejohanan Muay Thai Amatur Bintulu Edisi Kelima.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i