Syarikat luar berminat melabur dalam industri gas dan minyak di Lawas

LIMBANG: Sarawak diyakini terus maju dalam pembangunannya termasuk dari aspek pelaburan asing.

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, kekayaan sumber minyak dan gas itu berjaya menarik minat syarikat negara luar untuk melabur dalam industri penapisan minyak.

“Ada sebuah syarikat hendak melabur di kawasan utara dan telah memilih Lawas.

“Syarikat itu akan melaburkan dalam kilang penapisan minyak sini…dan ia berdekatan Limbang,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam kunjungan sambutan Tahun Baru Cina di kediaman Temenggong Ang Keng Su di sini, hari ini.

Suara Sarawak