ARTIKEL

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin Fan Shu Hua.

Beliau yang diwawancara Kumpulan Media China (CMG) di sini baru-baru ini berkata, Ekspo Barang Penggunaan Antarabangsa China (CICPE) menawarkan peluang kepada syarikat dari pelbagai negara berkongsi peluang dengan pasaran gergasi itu. 

Fan sehubungan itu berharap, lebih banyak syarikat Malaysia dapat memasuki pasaran China, memahami negara Tembok Besar itu, selain bekerjasama dengan syarikat tempatan mewujudkan pembangunan bersama.

Untuk rekod, CICPE edisi keempat diadakan di Haikou, wilayah Hainan di selatan China. 

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik antara Republik Rakyat China dengan Malaysia pada tahun ini, Malaysia buat kali pertama menghantar rombongan negara menyertai CICPE, melibatkan penyertaan 20 syarikat yang membawa 60 jenama.

Barang yang dipamerkan termasuk makanan, produk penjagaan kesihatan, kraf tangan dan lain-lain.

Turut dipamerkan adalah durian, sarang burung walit dan kopi putih yang mendapat sambutan baik dalam kalangan pengunjung CICPE.

Baca lain  PNB sahkan penggabungan UMW, Sime Darby bagi kukuhkan sektor automotif domestik, serantau

Mengulas lanjut Fan berkata, syarikat Malaysia aktif menyertai beberapa ekspo yang akan diadakan di China tahun ini, antaranya Pameran Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Harbin, dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE). 

“Promas membawa lebih banyak syarikat Malaysia datang ke China untuk lebih banyak kerjasama,” kata Fan.

– Bernama-CMG

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Fasa pertama KUTS beroperasi pada akhir 2027

KUALA LUMPUR: Fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang sedang dilaksana dan diselenggara oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan

Kecederaan pekerjaan negara meningkat

KUCHING: Kecederaan pekerjaan di Malaysia meningkat sebanyak 58.9 peratus kepada 34,216 kes pada 2022 berbanding 21,534 kes pada tahun sebelumnya. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan

Malaysia catat pertumbuhan ekonomi lebih tinggi

KUCHING: Ekonomi Malaysia berkembang dengan kadar lebih pantas iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024, lebih tinggi daripada jangkaan umum iaitu 3.9 peratus. Gabenor

BERITA TERBARU