ARTIKEL

Syarikat pembinaan semakin terima pakai, pratik prinsip ESG – CIBD

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan semakin menerima pakai dan mempraktikkan pelaksanaan rangka kerja berdasarkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam industri pembinaan.

Pengurus Besar Kanan, Sektor Kontraktor dan Levi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Suhaimi Mansor berkata adaptasi ESG adalah amalan pembinaan lestari yang dapat meninggikan kepercayaan pasaran kepada kontraktor tempatan.

“ESG itu elemen penting dalam perniagaan dan ia menjadi perhatian dunia,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Konvensyen Perintis Transformasi anjuran CIDB di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam sektor pembinaan perlu diberi lebih pendedahan serta bimbingan berkaitan ESG bagi memberi lebih kefahaman kepada mereka mengenai amalan itu.

“Syarikat PKS masih perlu belajar bagaimana untuk melibatkan diri dalam ESG itu sendiri dan CIDB sudah mula membentuk satu maklumat mengenainya kepada industri pembinaan yang membolehkan mereka terlibat.

“CIDB akan sediakan platform untuk mereka melibatkan diri bersama-sama dalam ESG, untuk mengetahui apa itu E, apa itu S dan G dalam tadbir urus syarikat masing-masing,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Suhaimi berkata ESG mampu mengurangkan risiko projek gagal dan meningkatkan amalan mampan dalam perniagaan.

Beliau berkata ESG bukan sekadar konsep sebaliknya adalah kunci kepada membina masa depan yang mampan dengan menjadikan bumi selamat, kehidupan masyarakat lebih bersih dan tadbir urus lebih telus.

Konvensyen dua hari anjuran bersama CIDB Malaysia dengan sokongan Akademi Binaan Malaysia, CIDB e-Construct Service Sdn Bhd, UAC Berhad, VKI Marketing Sdn Bhd dan SME Bank itu, yang bermula hari ini, menyasarkan kontraktor Gred G1 hingga G7 serta pihak yang ingin menjadi kontraktor berjaya.

Lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam konvensyen itu, yang diadakan sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2023 serta dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 16 Nov lepas. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,