ARTIKEL

Syarikat penerbangan Sarawak operasi secara serantau sebagai pemulaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat penerbangan Sarawak akan beroperasi secara serantau sebagai peringkat permulaan sebelum dikembangkan ke destinasi yang lain.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kerajaan Sarawak dalam proses menubuhkan syarikat penerbangan sendiri supaya pada masa akan datang dapat membuat keputusan perhubungan udara.

Abdul Karim (tiga kiri) bersama-sama Sharzede (kiri), Sebastian (dua kiri), Sherrina (empat kiri) dan Dennis (lima kiri) bergambar sempena RWMF 2023 di Kampung Budaya.

“Saya berharap satu hari nanti ia dapat pergi jauh seperti Eropah, Australia, Korea dan Jepun.

“Namun untuk ketika ini kita akan mula secara rantau seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam,” katanya pada sidang media sempena Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2023 di Kampung Budaya Sarawak, di sini semalam.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, beliau telah mengadakan perbincangan bersama anak syarikat penerbangan Garuda Indonesia ketika mengadakan lawatan ke Jakarta baru-baru ini.

Menerusi perbincangan itu, beliau berharap syarikat terbabit dapat menghubungkan penerbangan mereka ke Sarawak.

“Kita akan melakukan penerbangan sebanyak yang mungkin, kita juga ada penerbangan dari Vietnam dan Thailand.

“Kita tahu untuk terus berkembang, perhubungan amat penting.

Tetapi saya harus akui bahawa kawal selia penerbangan di Malaysia kadangkala tidak positif bagi negeri ini,” ujarnya.

Katanya, mereka mempunyai dasar yang protektionis dalam memastikan setiap syarikat penerbangan mendarat di Kuala Lumpur.

Justeru, beliau berkata, Sarawak cuba untuk mengubah pemikiran tersebut dan banyak perkara yang perlu dilakukan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sherrina Hussaini, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Dennis Ngau dan Ketua Pegawai Operasi Sharzede Salleh Askor.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu