Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Syarikat perniagaan disaran beri peluang kepada warga tempatan – Noh Omar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

TANJONG KARANG: Syarikat perniagaan harus beri peluang kepada warga tempatan untuk diserapkan bekerja dalam organisasi mereka, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

Noh juga meminta syarikat perniagaan untuk menjaga kebajikan dan membimbing warga tempatan supaya mereka mempunyai minat terhadap pekerjaan dilakukan, ia dapat membentuk kakitangan berkemahiran yang boleh diserapkan dalam pengurusan cawangan syarikat di lokasi yang berbeza.

“Kita harus akui majikan sekarang menghadapi masalah pekerja. Peluang pekerjaan diberikan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dan diberi peluang membuka cawangan baharu, di mana cawangan itu akan diuruskan oleh pekerja-pekerja yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat Urusan Chinta Rich Empire Sdn Bhd di sini hari ini. Syarikat berkenaan mengeluarkan produk Nasi Goreng Melimpah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Urusan Chinta Rich Empire, Nor Anita Kasim yang merupakan anak kepada pengusaha gerai di sini mempunyai cawangan di Tanjong Karang, Puchong dan akan membuka cawangan baharu di Klebang, Melaka pada masa terdekat.

Noh berkata golongan muda harus diberikan dorongan dengan memupuk budaya berniaga dan adalah diharapkan mereka berjaya sampai ke peringkat antarabangsa kelak. – BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru