ARTIKEL

Syarikat S’wak sertai pameran Gulfood Dubai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Pameran di bawah Pavillion Malaysia itu dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Antara usahawan MARA yang terlibat ialah Positive Energy Freedom Sdn Bhd, World Marketing Work Sdn Bhd, AW Manufacturing Sdn Bhd, Farmer River International Sdn Bhd, Haliza Industries Sdn Bhd, The Dalucia Sdn Bhd, Nurey’s Food Sdn Bhd dan syarikat dari Sarawak, Iana Corporation Sdn Bhd.

Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Nor Uyon Shoib sebelum ini mengadakan Sesi Tinjauan Mesra serta menemui usahawan yang terlibat bagi mendapatkan maklum balas berkaitan promosi program yang dilaksanakan.

Pada masa sama, usahawan juga mengadakan sesi padanan perniagaan bersama-sama pemain industri dari pelbagai negara.

Sementara, Pengarah Urusan IANA Corporation Sdn Bhd, Mohammad Hafidz Rohani berkata sebagai pengeluar produk Kek Lapis Sarawak di bawah jenama Siti Payung, program itu memberi peluang kepada syarikat itu untuk meneroka pasaran import.

Baca lain  Kehidupan dan rezeki kami di laut

“Ini merupakan satu percubaan untuk syarikat ini mendapatkan pengimport dari negara rantau Arab.

“Selain itu, kami berpeluang membina jaringan perniagaan dengan pemain industri dari pelbagai negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pameran perdagangan yang berlangsung dari 19 hingga 23 Februari 2024 di Dubai World Trade Centre itu merupakan pameran perdagangan tahunan sejak 1987, yang mengumpulkan lebih 6,000 pempamer dari 127 buah negara dan dikunjungi hampir 95,000 pengunjung setiap edisi.

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,