ARTIKEL

Syarikat swasta dialu-alukan buka kampus universiti di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Sarawak mengalu-alukan syarikat swasta dan korporat yang berminat untuk menubuhkan kampus universiti di negeri ini dalam usaha memperkasa pendidikan serta melahirkan modal insan cemerlang.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri bersedia memberikan kerjasama yang diperlukan termasuk menawarkan tanah untuk tujuan tersebut.

“Sekiranya ada pihak syarikat swasta yang berminat hendak membangunkan cawangan kampus universiti anda di Sarawak.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda pada bila-bila masa kerana ada tanah disediakan untuk tujuan berkenaan.

“Jika hendak menubuhkan di Bintulu juga tidak menjadi masalah.

Sama seperti Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bintulu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak berhasrat menawarkan tanah kepada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sekiranya syarikat minyak dan gas negara itu berminat hendak membangunkan kampus Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Bintulu.

“Penubuhan kampus itu bertujuan untuk kerjasama yang lebih erat antara Sarawak dan PETRONAS dalam meneroka tenaga boleh diperbaharui.

“Kita ada lebihan tanah di sini, jadi terpulang kepada pihak pengurusan mereka sama ada hendak membangunkan kampus di sini kerana ia lebih praktikal.

“Ini kerana kita antaranya sedang meneroka industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Jadi kita memerlukan kepakaran dan sebab itu saya cadangkan sama ada kampus atau kolej mereka dapat ditubuhkan di sini,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu pihaknya akan mengkaji cadangan untuk membina sebuah kampus UTP di Sarawak.

“Kita perlu mengambil kira pelbagai faktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan tersebut.

“Bagaimanapun, cadangan itu amat baik tetapi ada juga implikasi yang perlu kami ambil kira,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim