
JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah pertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Keputusan itu menyaksikan Syed Saddiq memperoleh sejumlah 19,961 undi meninggalkan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin (18,616 undi) serta calon Barisan Nasional (BN) Mohd Helmy Abd Latif (14,581 undi).
Bekas Menteri Belia Dan Sukan itu juga dilihat memperoleh majoriti undi sebanyak 1,345 sekali gus menyaksikan beliau mempertahankan Muar bagi penggal kedua.
Sebelum ini, Syed Saddiq yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 yang lalu menewaskan penyandang kerusi ketika itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi.