Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Tabika baharu buat anak-anak Merdang Lumut

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SIHAT... Rodiyah (berdiri kanan) bersama kanak-kanak Tabika terlibay dalam simulasi penyusunan pemakanan sihat mengikut kategori di Tabika Kemas Kampung Merdang Lumut baharu.

KUCHING: Bangunan baharu Tabika Kemas Kampung Merdang Lumut yang dianggarkan berjumlah RM480,000 secara rasminya dibuka, hari ini.

Projek pembinaan baharu bangunan bermula sejak tahun 2018 sehingga tempoh penyiapan setahun kemudian bagaimanapun tergendala susulan pandemik Covid-19 melanda negara.

SIHAT… Rodiyah (berdiri kanan) bersama kanak-kanak Tabika terlibay dalam simulasi penyusunan pemakanan sihat mengikut kategori di Tabika Kemas Kampung Merdang Lumut baharu.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, bangunan tersebut kini menempatkan seramai lebih 24 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun serta memberi manfaat kepada lebih 125 kanak-kanak sekitar kawasan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Tabika Kemas Kampung Merdang Lumut sebelumnya menumpang di Dewan Komuniti Masyarakat kampung ini sejak tahun 2001.

IMPIAN… Salah seorang murid (kanan) di Tabika Kemas Merdang Lumut yang berimpian menjadi seorang doktor melakukan simulasi sebagai doktor ketika dilawat oleh Rodiyah (dua dari kanan).

“Tujuan pembinaannya (bangunan baharu) adalah untuk menggantikan bangunan tumpangan di dewan masyarakat yang telah lama beroperasi di Merdang Lumut.

“Ia kini boleh beroperasi dengan memuatkan seramai 25 pelajar pada setiap sesi pagi dan petang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan bangunan tersebut di lokasi, hari ini.

Jelasnya, pembukaan bangunan baharu itu mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.

Pembinaan bangunan baharu Tabika Merdang Lumut merupakan salah satu usaha dan komitmen kerajaan melalui kementerian dalam menyediakan akses pendidikan awal kanak-kanak di luar bandar dan pedalaman.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru