ARTIKEL

Tabung amanah gantikan syarat, wajibkan syarikat swasta bina 30 peratus rumah kos rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadang satu tabung amanah bagi menggantikan syarat yang mewajibkan syarikat swasta membina 30 peratus rumah kos rendah. 

Menurutnya menerusi tabung amanah tersebut, pemaju perumahan hanya perlu mendepositkan nilai rumah ke dalam tabung tersebut tanpa perlu melakukan kerja pembinaan. 

Katanya, berdasarkan peraturan semasa, sektor swasta diwajibkan untuk memperuntukkan 30 peratus dari skim perumahan atau projek pembangunan campur untuk rumah kos rendah jika dibangunkan di atas tanah seluas 10 ekar atau lebih. 

“Apa yang kita boleh lakukan adalah selain membina 30 peratus rumah secara fizikal, sektor swasta menggantikan jumlah tertentu dana tersebut yang bersamaan 30 peratus daripada skim dan menyumbangkan kepada tabung amanah.

“Kemudian, kerajaan akan membina perumahan kos rendah bagi pihak pemaju melalui tabung amanah tersebut.

Abang Johari (tengah) merasmikan Majlis Makan Malam Jubli Emas HDC sambil disaksikan oleh kenamaan yang lain. (Foto UKAS). 

“Justeru, pemaju swasta dapat merancang skim perumahan mengikut keperluan lokasi berbanding terikat dengan peratusan tetap iaitu 30 peratus,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas Perbadanan Pembangunan Perumahan di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri di Pejabat Premier Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Pengerusi HDC Yakub Arbi serta kenamaan yang lain.

Abang Johari turut mencadangkan sektor swasta diberi kebebasan untuk membangunkan pelbagai jenis program, sama ada pembangunan campuran mahupun perumahan tanpa perlu membina 30 peratus rumah di tapak yang sama.

Menurutnya, cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet Sarawak untuk kelulusan. 

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke