ARTIKEL

TABUNG HAJI sasar 100 peratus umat Islam Sarawak miliki akaun TH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

UMAT ISLAM di Sarawak digalak menjadikan Tabung Haji (TH) sebagai tabungan utama bagi menunaikan rukun Islam kelima. 

Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berharap semua penduduk Islam di Sarawak membuka akaun dan mencarum simpanan di TH.

 “Seramai 807,345 penduduk Islam di Sarawak dan hanya 320,006 pendeposit TH atau mereka yang membuka akaun TH,” ujarnya ketika melakukan kunjungan hormat di Pejabat Suara Sarawak, Isnin lalu.

 Jelas beliau, lebih 50 peratus pendeposit di Malaysia mendaftar haji (cukup simpanan RM1,300) ialah mereka dalam lingkungan umur 34 tahun ke bawah.

 “Ini bermakna sekarang kesedaran ibu bapa untuk membuka akaun TH buat anak-anak meningkat.

“Ia sesuatu yang baik memandangkan cabaran utama sekarang ialah tempoh menunggu agak lama.

“Kita diberi kuota sebanyak 31,600 jemaah setahun berbanding pendeposit yang mendaftar sekitar 4 juta jadi lebih awal mendaftar haji, maka lebih awal tempoh panggilan untuk menunaikan haji,” katanya. 

Menurut beliau, TH mengutamakan Bakal Haji (BH) giliran tunai haji pada 2020, 2021 dan 2022 yang masih menunggu giliran disebabkan pandemik Covid-19, sebelum diikuti BH giliran 2023.

Malah, saban tahun katanya, bilangan yang membuat rayuan menunaikan haji lebih 100,000.

Selain itu, ada dalam kalangan mereka yang layak memohon penangguhan atas masalah yang tidak dapat dielak. 

Menyentuh soal kriteria yang layak menunaikan haji, jelasnya ia berdasarkan prinsip istito’ah (berkemampuan).

 “Konsep istito’ah dalam ibadah haji merangkumi pelbagai aspek antaranya berkemampuan dari sudut kewangan, kesihatan, keselamatan, kenderaan dan perlu mendapatkan tasrih atau kebenaran melaksanakan haji iaitu kuota dan visa.

“Untuk membantu memastikan umat Islam di negara ini memenuhi konsep istito’ah, TH memberi Bantuan Kewangan Haji atau subsidi haji kepada jemaah sejak 2001 dan menambah baik mekanisme itu secara bersasar bermula 2022,” ujarnya. 

BAYARAN PENUH

Beliau memaklumkan, bayaran penuh menunaikan haji ialah RM30,850. 

Bagaimanapun, penetapan kadar Bayaran Haji bersasar tersebut jelasnya, bagi memastikan golongan berpendapat rendah tidak terlalu terbeban dengan kenaikan bayaran haji tersebut.  

Bagi musim haji 1444H/ 2023, TH menetapkan bayaran Haji kumpulan B40 pada RM10,980, manakala bagi kumpulan M40 adalah sebanyak RM15,980 dan T20 dikenakan kos penuh haji sebanyak RM30,850 seorang. 

Di samping itu katanya, kuota haji rasmi negara dalam Pertubuhan Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation) atau OIC, termasuk Malaysia berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada 1988 di Amman, Jordan. 

Pihak Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

“Harapan kami untuk Sarawak, minta sokongan daripada kerajaan Sarawak untuk mengajak lebih ramai lagi memilih TH sebagai tabung utama.

“Oleh itu, kita mengharapkan minoriti ini 100 peratus memiliki akaun dan daftar Haji.

 “Kami perlukan insan yang boleh bantu hebahkan pendeposit dan juga zakat.

“Konsep tabung kami senang masuk, susah keluar sebab kita nak galakkan mereka simpan duit untuk pergi haji.

“Untuk tahun ini, sebanyak 1.7 juta zakat diserahkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak,” ujarnya. 

PERANAN UTAMA

Sementara, Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH, Ahmad Shahriman Johari berkata, ibu bapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mereka mempunyai akaun Tabung Haji.

“Apabila anak lahir, buka sahaja akaun TH dengan deposit hanya RM2. 

“Jika simpanan sudah mencecah RM1,300, mereka boleh mendaftar untuk urusan haji dan tempoh masa dikira bermula seawal kita mendaftar,” tambahnya lagi.

Ini kerana, tanggungjawab utama pihak TH memastikan umat Islam yang layak menunaikan rukun Islam kelima ini menabung di samping meringankan beban mereka apabila ingin menunaikan haji.

“TH mempunyai sistem patuh syariah sepenuhnya bagi memastikan jemaah memperoleh haji mabrur.

“TH juga bertanggungjawab menguruskan jemaah haji termasuk urusan berkaitan pasport, visa haji, pengangkutan, penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan ibadat haji,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU