Trending

Tabung kecemasan Morroco

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SEKURANG-kurang 2,012 kematian disahkan dan 2,059 mangsa cedera, termasuk 1,404 berada dalam keadaan kritikal susulan gempa bumi terburuk yang melanda Maghribi awal pagi Sabtu, menurut Kementerian Dalam Negeri Maghribi.

Gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda kawasan pergunungan yang jaraknya 72km di barat daya bandar pelancongan Marrakesh.

Dua wilayah paling terkesan dalam bencana gempa bumi berdarah sepanjang tempoh enam dekad di Maghribi, wilayah Al-Haouz dan wilayah Taroudant masing-masing mencatat angka korban 1,293 dan 452 mangsa.

Menurut agensi media, penduduk tempatan mengguna tangan dan penyodok bagi mencari mangsa tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Bukan sahaja kemusnahan harta benda, ramai mangsa gempa bumi Morocco kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata.

WHO menganggarkan lebih 300,000 penduduk terkesan di Marrakesh dan sekitarnya.

MyCARE menyelaras kerjasama dengan rakan NGO tempatan bagi menyalurkan sumbangan kemanusiaan bertujuan meringankan beban mangsa.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru