ARTIKEL

Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How hari ini memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau memetik ayat al-Quran dalam satu video di laman media sosialnya baru-baru ini. Beliau membuat permohonan maaf secara terbuka itu pada sidang media di Pusat Khidmat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat sini semalam. | BERNAMA

Tafsir sendiri ayat al-Quran: Howard Lee mohon maaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How hari ini memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau memetik ayat al-Quran dalam satu video di laman media sosialnya baru-baru ini. 

Beliau membuat permohonan maaf secara terbuka itu pada sidang media di Pusat Khidmat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat sini semalam.

Lee berkata beliau sama sekali tidak berniat menyentuh sensitiviti masyarakat Islam malah menyambut baik saranan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung perkara itu.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam mengenai isu ini namun saya tegaskan sebelum saya memetik ayat Al-Quran, perkara ini telah saya rujuk kepada orang alim dalam agama Islam.

“Tidak timbul soal menafsir secara membuta tuli namun saya memohon maaf jika perbuatan saya menyinggung perasaan umat Islam secara keseluruhannya di negara ini,” katanya.

Lee juga berkata beliau sudah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu itu yang berlangsung selama sejam namun tidak mendedahkan lokasi ia direkodkan.

Pada Jumaat lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya akan merekod keterangan Lee dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman.

Sebelum ini, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laporan asal atau laporan pertama kes itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Badan bukan kerajaan iaitu Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan berhubung isu sama pada Khamis lepas. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU