SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Tagih 5 pemain kebangsaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KIM Swee mengakui kehadiran pemain kebangsaan akan memberi ruang terbaik buat Sabah FC tampil lebih mantap pada perlawanan menentang JDT yang ditunggu ramai peminat bola sepak negara. | BERNAMA

SKUAD SABAH FC meletakkan harapan kepada lima pemainnya yang dipanggil menyertai pasukan kebangsaan untuk memantapkan pasukan bagi menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Kudrat lima pemain terbabit, Darren Lok, Daniel Ting, Dominic Tan, Damien Lim dan Stuart John Wilkin amat diperlukan selepas beberapa tonggak utama Sang Badak dilaporkan masih mengalami kecederaan.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui kehadiran mereka akan memberi ruang terbaik buat Sabah FC tampil lebih mantap pada perlawanan menentang JDT yang ditunggu ramai peminat bola sepak negara.

Katanya, beliau mempunyai masa dua hari untuk melihat tahap kecergasan kelima-lima pemain terbabit sama ada dapat diturunkan atau sebaliknya selepas kembali daripada menyertai skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan dan Hong Kong baru-baru ini.

“Kita tahu ada pemain yang bermain sebanyak dua perlawanan, ada juga bermain hanya satu perlawanan. Ini juga harus diambil kira dan bagi saya mereka adalah pemain yang sangat penting,” katanya.

Baca lain  Skuad Penyu diingatkan tidak terus selesa dengan kemenangan

Sementara itu, Kim Swee menyatakan kebimbangannya mengenai status empat tonggak pasukan yang dilaporkan mengalami kecederaan dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan.

Katanya, Sabah FC bergantung penuh kepada laporan perubatan bagi menentukan nasib empat pemain terbabit iaitu Telmo Castanheira, Saddil Ramdani, Jailton Paraiba dan Gary Steven Robbat.

Beliau mengakui keadaan itu sesuatu yang membimbangkan terutama bagi menghadapi JDT selaku pasukan pilihan untuk menjuarai liga.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru