Tahan diri untuk tidak balik kampung semasa sambutan hari raya

LIMBANG: Semua pihak harus bekerjasama dalam membendung penularan wabak Covid-19 dengan tidak melakukan pergerakan rentas daerah walaupun semasa musim perayaan kelak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kadar jangkitan Covid-19 masih belum reda dan memerlukan semua pihak untuk berkorban tidak pulang ke kampung menyambut Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, ini adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di Sarawak khususnya di Limbang.

“Kita kena patuh apa-apa yang telah disyaratkan oleh pihak berwajib. Kalau kita tidak dapat balik, tidak perlu balik.

“Demi untuk menjaga keselamatan kita, jadi kita perlu berkorban. Menjaga keselamatan kita itu lebih penting,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya, di Dewan Bunga Raya di sini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Mei 2021

Suara Sarawak