Tahan dulu hasrat balik kampung

TATAU: “Jangan balik kampung semasa Gawai Dayak,” rayu Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai.

Beliau meminta semua rakyat di kawasan Dun Kakus yang bekerja atau tinggal di bandar atau Daerah Tatau untuk tidak pulang ke rumah panjang bagi mengelakkan penularan virus Covid-19.

Beliau melihat pendekatan itu sebagai langkah terbaik bagi mengekang penularan jangkitan pandemik berkenaan.

“Gawai Dayak bakal menjelang tiba. Saya memohon kepada semua, terutamanya komuniti Dayak untuk kekal berada di rumah ketika perayaan(Gawai) dan elak perjumpaan beramai-ramai,” jelasnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mei 2021

Suara Sarawak