ARTIKEL

Tahap kebersihan premis makanan Sarikei memuaskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Notis dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching terhadap sebuah restoran di Metrocity, di Kuching.

SARIKEI : Tahap kebersihan premis makanan di bahagian ini memuaskan apabila sebahagian besar peniaga mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan oleh pihak yang berwajib.

Demikian ulas Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr. Emmanuel Joseph Fong Tsung yang berkata berdasarkan pemantauan dan tinjauan yang dilakukan setakat ini, kebanyakan peniaga menjaga kebersihan di persekitaran premis masing-masing.

Keadaan restoran setelah ditutup oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

Setakat ini, saya berpuas hati dengan pematuhan pemilik premis terhadap peraturan yang kita tetapkan.

“Majoritinya menjaga kebersihan di dalam dan persekitaran premis selain mematuhi syarat yang ditetapkan,” katanya kepada media ketika Operasi Premis Bersih di sekitar Sarikei, hari ini.

Antara lain objektif operasi ialah menguatkuasakan peraturan kebersihan makanan 2009, meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan diri dan tempat penyediaan makanan.

Sehubungan itu, Emmnuel berkata, walau pun sudah menunjukkan perkembangan positif namun,  pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek kebersihan berada pada tahap terbaik.

Langkah itu katanya juga bertujuan memastikan pemilik premis atau pengendali makanan mematuhi beberapa syarat penting seperti  suntikan vaksin,  pakaian, perhiasan diri atau aksesori lain.

“Semasa pelaksanaan operasi, pengeluaran notis di bawah Seksyen 32 B, Akta Makanan 1983 diberi penekanan, terutamanya bagi kesalahan di bawah peraturan 11 (1b).

“Selain itu, pengusaha premis makanan memastikan pengendali makanan menjalani latihan pengendali makanan dan mendapatkan vaksin tifoid. Operasi pada kali ini juga  menekankan kesalahan di bawah peraturan 33, peraturan –peraturan Kebersihan Makanan 2009, dengan kebersihan diri pengendali makanan,” tambahnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU