KUCHING: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menzahir ucapan tahniah kepada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin atas kejayaannya meraih pingat emas dan mencipta rekod dunia baharu dalam Kejohanan Powerlifting Piala Dunia Fazza Edisi Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Selasa lalu.
Tegas Karim, atlet kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian itu yang beraksi dalam kategori 72 kg berjaya melakukan angkatan seberat 230kg sekali gus memadamkan catatan rekod lama (229kg) milik atlet dari Iran, Roohallah Rostami pada Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia 2018.
Sementara itu, dua pencabar terdekatnya, Peng Hu dari China yang hanya berjaya melakukan angkatan (214kh) sekadar berpuas hati dengan pingat perak.
Manakala, Nnamdi Inccocent dari Nigeria muncul pemenang pingat gangsa dengan angkatan (213kg)
“Sama-sama kita mengucap syabas kepada Bonnie Bunyau Gustin atas kejayaannya meraih pingat emas dan mencipta rekod dunia yang baharu di kejohanan itu,” ujar Datuk Abdul Karim menerusi kenyataannya dilaman Facebook beliau semalam.