ARTIKEL

Tun Abdul Taib Mahmud | BERNAMA

Taib Bapa Pemodenan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak.

Menurutnya, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu telah menunjukkan kualiti sebenar sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan agama di Sarawak.

“Sebagai ketua menteri, beliau telah menyatukan rakyat dan mewujudkan kestabilan politik di Sarawak di bawah falsafah politik pembangunannya,” katanya dalam kenyataan penghargaan atas jasa Taib, hari ini.

Jelasnya, Taib memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar yang menjamin masa depan Sarawak sebagai ekonomi moden, terutamanya dengan mengeksploitasi sumber kekayaan baharu di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Tambahnya lagi, Taib menunjukkan kualiti kepimpinan yang hebat sehingga dicontohi dalam melahirkan pemimpin baharu seperti beliau sendiri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem serta pemimpin muda lain.

Taib menamatkan tempoh 10 tahun sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh sejak 2014.

Mewakili rakyat Sarawak, Abang Johari menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Taib kerana telah mengabdikan hidupnya untuk pembangunan dan kesejahteraan Sarawak.

Untuk rekod, Taib memulakan perkhidmatan awamnya pada usia muda apabila beliau menjadi ahli kabinet negeri pertama selepas Sarawak diberi kuasa berkerajaan sendiri oleh British pada 22 Julai 1963.

Selepas itu, pada 1966 beliau berpindah ke peringkat Persekutuan untuk berkhidmat dalam pelbagai jawatan menteri dalam Kerajaan Persekutuan.

Beliau kembali ke Sarawak sebagai Ketua Menteri pada tahun 1981 untuk mengambil alih daripada jawatan itu daripada Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya’akub sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU