ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Taib insan pertama mengajar saya bidang politik, kata Nancy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: “Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan insan pertama yang mengajar saya sebagai ahli politik,” kata Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Ahli Parlimen Santubong yang turut menzahirkan dukacita atas pemergian pemimpin yang berbakti hampir 33 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak itu, menyatakan Allahyarham merupakan individu penting yang mendidiknya bermula tahun 2008 sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Menerima perkhabaran duka atas perginya seorang tokoh negarawan dan Bapa Pemodenan Sarawak, Ayahanda Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Secara peribadi kenangan yang tidak akan dilupa saya adalah, Allahyarham merupakan insan pertama yang telah mengajar saya dalam menyertai bidang politik iaitu sebagai Ahli Parlimen sekitar tahun 2008 sehinggalah sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata, Allahyarham juga telah mengabdikan sepanjang perjalanan hidupnya untuk membangun dan mensejahterakan Sarawak seiring dengan aspirasinya untuk melihat negeri ini terus maju makmur sehinggalah sekarang.

“Justeru, pemergian Allahyarham yang juga mantan Yang di-Pertua merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara.

Baca lain  Persimpangan Batu 7 dan 10 dibuka semula tidak lama lagi

“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan bakti Allahyarham,” ujarnya.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak dalam kenyataan mengesahkan Tun Abdul Taib meninggal dunia sekitar jam 4.40 pagi hari ini di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik dan tiba di Kuching pada jam 3.30 petang hari ini. Kemudian akan terus dibawa ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada esok hari bagi majlis penghormatan terakhir oleh orang ramai bermula jam 8 hingga 11.30 pagi, dan seterusnya dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu