ARTIKEL

Taib sakit, dirawat di rumah – Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang sakit dan masih dalam rawatan di rumah, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita ada doktor dan jururawat dari Pusat Pakar Perubatan Normah yang memantau keadaannya,” katanya apabila ditanya tentang keadaan Taib, hari ini.

Beliau ditemui sempena Hari Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Bagaimanapun, Abang Johari berkata belum lagi melawat Taib memandangkannya masih dalam rawatan.

“Saya belum lagi terima laporan terkini mengenainya tapi beliau dalam keadaan sakit,” katanya.

Dua hari lepas, Taib dilaporkan dibawa keluar tanpa kebenaran oleh salah seorang ahli keluarganya ketika sedang dirawat di Normah.

Perkara itu turut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, dengan memberitahu lapan laporan polis telah diterima termasuk laporan daripada ahli keluarga Taib.

Dalam sidang media hari ini, Mancha turut dilaporkan berkata Taib kini berada di kediaman peribadinya di Demak Jaya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lebih terperinci mengenai keadaan Taib kerana proses siasatan masih berjalan.

“Kita tidak boleh dedahkan lebih banyak maklumat kerana semua yang berlaku masih dalam siasatan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card