ARTIKEL

Gary White membantah keras dakwaan bahawa mereka sedang menuju ke arah kekalahan terbesar mereka dalam kempen kumpulan. - Gambar/ Bernama

Taiwan beri amaran tidak beri laluan mudah kepada Malaysia untuk menang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Taiwan memberi amaran bahawa mereka tidak akan memberikan laluan mudah kepada Malaysia yang sangat memerlukan kemenangan besar pada perlawanan akhir Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Ini selepas Ketua Jurulatih Taiwan Gary White membantah keras dakwaan bahawa mereka sedang menuju ke arah kekalahan terbesar mereka dalam kempen kumpulan kerana Malaysia menyasarkan untuk menjaringkan sekurang-kurangnya tujuh gol bagi menghidupkan semula peluang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak awal untuk Piala Asia 2027.

“Akan mengalami kekalahan terbesar kami? itu bukan perkara yang kami perkatakan. Anda boleh tanya Encik Kim (Pan Gon) tentang bertemu pasukan saya; menentang pasukan saya tidak pernah mudah.

Kami tidak akan mengalah. Malah, kami mahu menang perlawanan itu, jadi kami tidak melihatnya sebagai hanya mengambil bahagian.

“Kami di sini untuk menang dan kami akan berikan yang terbaik. Kita lihat semasa permainan – biarlah pemain melakukan percakapan di atas padang. Kami datang ke sini untuk cuba mencipta sejarah sendiri,” katanya pada sidang media praperlawanan Malaysia-Taiwan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.

Sebagai rekod, Taiwan mengalami kekalahan terbesar mereka pada Mac lepas apabila tewas 1-5 kepada Kyrgyzstan di Bishkek.

Pada masa yang sama, White berkata dakwaan bahawa skuad Malaysia kendalian Kim Pan Gon boleh menewaskan Taiwan dengan jaringan 8-0 adalah tidak masuk akal memandangkan pasukan Harimau Malaya hanya berjaya menang 1-0 dalam pertemuan pertama mereka di Taipei November tahun lepas.

“Itu kenyataan yang tidak masuk akal daripada sesiapa sahaja, saya fikir, memandangkan kamu hanya menewaskan kami 1-0 di tempat lawan menerusi gol pada minit ke-75. Kami sangat serius dengan apa yang kami lakukan.

“Boleh jadi anda (media) cuba mencipta situasi, mungkin untuk publisiti. Jika itu boleh menyebabkan ramai penyokong datang, maka itu kerja bagus, teruskan, kerana kami mahu stadium penuh. Kami tidak mahu datang ke sini dan bermain di hadapan 20,000 orang,” kata jurulatih berusia 49 tahun dari England itu.

Dalam pada itu, White berkata Taiwan masih membariskan pasukan terkuat termasuk membawa beberapa pemain muda berpotensi untuk menentang Malaysia walaupun tanpa beberapa pemain yang mempunyai komitmen dengan kelab masing-masing dalam Liga Super China.

Sementara itu, kapten Taiwan Po-Liang Chen berkata pemain berada pada tahap terbaik untuk cuba mencipta sejarah menentang Malaysia dan ia adalah peluang terbaik untuk pemain-pemain muda Taiwan menimba pengalaman di pentas antarabangsa.

Malaysia kini berada di tempat ketiga Kumpulan D dengan tujuh mata – tiga mata di belakang pasukan tangga kedua Kyrgyzstan yang juga mempunyai kelebihan perbezaan gol menjelang perlawanan akhir, manakala Oman mengungguli kumpulan dengan 12 mata dan melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan, Malaysia dalam keadaan bolos dua gol (-2) akan melayan Taiwan, manakala Kyrgyzstan dengan kelebihan enam gol (+6) gol akan bertandang ke Muscat untuk menentang Oman.

Sekiranya gagal mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia perlu bersaing di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 untuk peluang membuat penampilan kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke