“Saya tak pernah dengar”, itu komen Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, menafikan dakwaan PKR menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul, sedangkan beliau terlibat langsung dalam pembentukan kerajaan selepas PRU-15. “Ini cerita zaman bila… saya tak tahu langsung perkara ini, kecualilah ada sesiapa yang lain (buat tawaran),” kata Rafizi memetik Bernama.
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang Abdul Hadi sebelum ini mendakwa beliau pernah dihubungi beberapa kali oleh “orang tertentu” menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.