ARTIKEL

Antara jemputan yang menghadiri majlis perasmian hiasan Tahun Baru Cina 2024, di Taman Awam Sarikei

Taman awam simbolik perpaduan kaum, tarikan baharu Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Taman Awam yang berkonsepkan perpaduan, kini menjadi tarikan terbaharu Sarikei dengan menampilkan kepelbagaian budaya masyarakat majmuk di Sarawak.

Lebih unik apabila taman yang terletak di Jalan Nanas itu bukan sekadar tempat bersantai tetapi juga melambangkan komitmen berterusan Majlis Daerah Sarikei (MDS) dalam menyemai keharmonian pelbagai kaum di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Kaunselor Misiah Abu Seman berkata, pembinaan taman itu bermula tahun lalu dan siap sepenuhnya pertengahan Januari lalu.

“Bagaimanapun, ia mengambil sedikit masa bagi penambahbaikan fasiliti buat pengunjung yang ingin meluangkan masa bersama-sama keluarga sambil mengabdikan kenangan,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian hiasan Tahun Baru Cina 2024, di taman tersebut.

Hadir sama, Andrew Wong Pak Ung, yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Sri Huang Tiong Sii dan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Kaunselor Wong Zee Yeng,

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan