Taman Geo Delta Sarawak, 311,246 hek dari Bako ke Padawan, terbesar di Malaysia

KUCHING: Taman Geo Delta Sarawak menyasarkan mendapat pengiktirafan sebagai Taman Geo Kebangsaan seterusnya Taman Geo Global Unesco, kata Ketua Menteri DatuK Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, Taman Geo Delta Sarawak meliputi kawasan seluas 311,246 hektar dari Bako hingga Padawan dan mungkin menjadi yang terbesar di Malaysia.

“Pengiktirafan terbabit penting dalam usaha Kerajaan Sarawak melonjak sektor pelancong di negeri ini di samping memulihara alam semula jadi.

“Akhirnya Sarawak mempunyai Taman Geo Delta selepas diluluskan Kerajaan Sarawak setelah sekian lama cadangannya dibincang dan dinilai bersama-sama pakar terlibat dalam projek terbabit sejak 2004,” katanya

Tambah Abang Johari, taman geo merupakan kawasan yang mempunyai Tapak Warisan Geologi yang boleh digunakan semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 April 2021

Suara Sarawak