ARTIKEL

Kereta milik Clive Syvelstry hampir ditenggelami air sebelum sempat dialih ke tempat yang selamat.

Taman Greenwood, Batu 9 turut dilanda banjir kilat luar jangka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selain Taman Emas, Batu 9, Taman Greenwood, di sini juga terkesan dengan kejadian banjir kilat pagi tadi.

Menurut penghuni di Lorong Greenwood 3C, Clive Sylvestry, 28, kejadian tersebut adalah di luar jangkaan dan kali pertama berlaku di perumahan tersebut.

Beliau menyedari air banjir mula memasuki kawasan rumahnya serta kejiranan yang lain ketika ingin turun kerja pada jam 7 pagi.

“Kejadian pagi tadi amat teruk, air banjir mencecah paras buku lali.

“Tidak pernah kejadian seperti ini berlaku sebelum ini. Mujur keadaan sudah baik dan air sudah pun surut,” katanya kepada Suara Sarawak.

Clive berkata, hujan turun begitu lebat malam tadi selain kawasan parit di hadapan rumahnya begitu kecil menyebabkan air hujan melimpah ke atas jalan.

“Parit dipenuhi dengan air seperti sungai sehingga tidak dapat membezakan sama ada itu parit atau jalan raya,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau bersyukur kenderaan miliknya tidak ditelenggami air kerana khuatir perlu berbelanja besar untuk dibaiki.

Air memasuki salah sebuah rumah di Lorong Greenwood 3C yang mencecah paras buku lali.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk