ARTIKEL

Taman Keseronokan Air MBKS mula dibina tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan Taman Keseronokan Air Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dijangka bermula pada tahun hadapan.

Datuk Bandarnya Datuk Wee Hong Seng berkata, tender untuk projek tersebut akan dibuka pada hujung tahun ini selepas semua proses dan prosedur berkaitan diselesaikan.

“Pihak kami sudah menyerahkan pelan pembinaan projek tersebut kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) pada minggu lalu dan kini menunggu kelulusan daripada Unit Perancang Negeri (SPU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Siap Projek  Menaik Taraf Landskap Taman Awam Pending, Kuching bagi MBKS, di sini, hari ini.

“Diharap projek tersebut diluluskan oleh pihak SPU dalam bulan ini, kemudian barulah kita menyiapkan semua dokumentasi untuk membuka tender projek pada hujung tahun ini.

“Selepas tender dianugerahkan, barulah kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun depan,” tambahnya.

Terdahulu pada bulan lalu Wee memberitahu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan cadangan pembangunan semula kolam renang MBKS menjadi Taman Keseronokan Air MBKS merangkap Pusat Gastronomi Bandar Kreatif Unesco.

Projek itu dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang untuk dijadikan tempat rekreasi keluarga sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan negeri ini.

BERITA LAIN

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja