ARTIKEL

Taman Kuching Family Park kini dibuka pada orang ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Taman Kuching Family Park yang dibaik pulih sejak September 2021 kini telah dibuka kepada orang ramai, mulai hari ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek baik pulih tersebut dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan sokongan peruntukan RM500,000 oleh Jabatan Landskap Negara (JLN).

Katanya, penambahbaikan taman tersebut sekali gus menjadi mercu tanda terhadap usaha DBKU menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar bersih, cantik, selamat, pintar dan lestari.

RASMI…Abdul Rahman (tengah) melakukan simbolik perasmian projek naik taraf Taman Kuching Family Park.

“Usaha ini boleh dijadikan contoh untuk dilaksanakan di semua penempatan termasuk perumahan atau pun kampung.

“Dengan adanya taman rekreasi seumpama ini diharapkan komuniti setempat dapat memanfaat sepenuhnya termasuk menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian projek naik taraf Taman Kuching Family Park hari ini.

Pelbagai kemudahan disediakan di taman rekreasi tersebut merangkumi padang bola sepak, permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki, gelanggang serbaguna, kerusi konkrit dan papan tanda.

BERAKSI…Datuk Bandar DBKU, Datuk Junaidi Reduan (tengah) menggayakan senaman sambil disaksikan Abdul Rahman (empat kiri) di Taman Kuching Family Park.

Terdahulu, majlis pecah tanah naik taraf Taman Kuching Family Park disempurnakan oleh Abdul Rahman pada 28 September 2021.

Dalam masa sama, beliau berharap agar komuniti dan masyarakat setempat membantu untuk mengekalkan kemudahan sedia ada serta menjaga keindahan taman demi kesejahteraan kawasan terbabit di masa akan datang.

Turut hadir majlis, Datuk Bandar DBKU, Datuk Junaidi Reduan, Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kuching Family Park Zul Haidir Razali Bujang.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU