ARTIKEL

Taman Negara Kubah tarikan semula jadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Jika diterokai lokasi menarik di Sarawak, sebenarnya banyak tempat yang mungkin kita tidak tahu.

Sarawak sememangnya terkenal dengan tarikan fl ora dan fauna.

Tidak perlu pergi jauh, untuk merasai keindahan fl ora dan fauna, di bandar raya Kuching terdapat Taman Negara Kubah yang menyajikan alam semula jadi bagi pencinta alam dan aktiviti riadah.

Taman Negara Kubah terletak lebih kurang 30 kilometer dari bandar raya Kuching.

Perjalanan ke destinasi tersebut mudah kerana terdapat banyak pengangkutan termasuk teksi dan bas, dan jika memandu sendiri, ia hanya mengambil masa sekitar 40 minit.

Dibuka pada umum sekitar 1995 dengan keluasan sekitar 2,230 hektar dan dipenuhi fl ora serta fauna serta pemandangan menarik seperti puncak Serapi yang merupakan puncak tertinggi di Taman Negara Kubah dengan ketinggian 990 meter dari paras laut.

Ia meliputi Banjaran Matang — nama Kubah diambil bersempena dengan Gunung Serapi yang berbentuk seperti kubah dan ketika cuaca terang, Gunung Serapi ini dapat dilihat dengan jelas dari Tebingan Sungai Kuching.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

Bentuk peribadi anak

MEMILIKI cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin. Namun, memiliki anak bukanlah perkara mudah kerana ia merupakan tanggungjawab besar dan salah satunya ialah mendidik mereka.

BERITA TERBARU