ARTIKEL

BERCAKAP… Abdul Karim bercakap pada sidang media Penyerahan Bendera kepada Kontijen Jabatan Muzium Sarawak sempena Hari Muzium Malaysia 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. FOTO: MOHD ALIF NONI

Taman Negara Niah diyakini dapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin Taman Negara Niah akan mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) tahun ini.

Katanya, keputusan muktamad berhubung pewartaan itu juga akan diumumkan pada persidangan yang akan berlangsung di India, Julai depan.

“Apa yang kita dapat lihat para pemeriksa, juga pasukan dari India telah datang melawat Niah sekali gus memberikan maklum balas mereka.

“Justeru, kita yakin akan mendapat pengiktirafan ini. Saya berharap keputusan muktamad yang akan diumumkan kelak tidak mengecewakan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak sempena Hari Muzium Malaysia 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, Taman Negara Mulu di Sarawak sudah mendapat pengiktirafan oleh UNESCO pada 2000.

“Jika kita mendapat satu lagi pengiktirafan nanti, Miri menjadi sangat bertuah kerana ia dapat meningkatkan aktiviti pelancongan dunia.

“Jika ini berlaku, Sarawak akan mempunyai dua tapak warisan dunia,” ujarnya.

Untuk rekod, Taman Negara Gua Niah seluas 3,138 hektar adalah kawasan bukit batu kapur dan hutan.

Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakan sebagai Taman negara dan dibuka kepada umum pada 1 Januari 1975.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)