ARTIKEL

UGGAH merakamkan gambar kenangan bersama-sama penerima insentif pendidikan di Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban, semalam.

Taman Pertanian Lubok Tamang sebagai inkubator lahirkan petani moden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DEBAK: Usaha mewujudkan Taman Pertanian di Lubok Tamang menjadi inkubator dalam melahirkan petani moden di luar bandar.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan amat menekankan kelancaran pelaksanaan program pembangunan di luar bandar.

UGGAH menyampaikan hadiah pertandingan pada Randau Solidariti Komuniti di Rumah Panjang Lingan Sait di Sengalang dekat sini, semalam.

Lebih-lebih lagi menurutnya, kerajaan kini dalam proses membantu penduduk luar bandar di sini (Saribas) memperoleh pendapatan lebih tinggi melalui aktiviti pertanian moden.

“Justeru, penubuhan Taman Pertanian Lubok Tamang di sini akan menjadi inkubator dalam melahirkan petani moden.

“Yang akan didedahkan untuk menggunakan teknologi baharu demi meningkatkan produktiviti dan hasil pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Randau Solidariti Komuniti di Rumah Panjang Lingan Sait di Sengalang dekat sini, semalam.

Beliau dalam pada itu menekankan komunikasi terbuka, yang penting untuk penduduk luar bandar menikmati hubungan baik yang berterusan.

Tegasnya, rakyat dan pemimpin akan berada dalam kedudukan yang lebih baik jika mampu bertukar-tukar idea dan bekerjasama antara satu sama lain demi mencapai kemajuan dan kemakmuran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU