ARTIKEL

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika berucap.

Taman rekreasi awam seluas 60 ekar, taman tema air bakal dibina di Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kawasan Batu Kawa akan terus mengalami transformasi pembangunan yang merancakkan lagi potensi pelancongan dengan rancangan pembinaan taman rekreasi awam seluas 60 ekar.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia merupakan lanjutan kepada pembangunan Projek Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho Batu Kawa fasa pertama yang terletak di kawasan seluas 20 ekar.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian memberikan angpau kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis.

“Terdapat sebuah kawasan seluas 40 ekar milik syarikat swasta melibatkan tanah lapang dari Kuari Ang Cheng Ho menuju ke Emart Batu Kawa bakal dibina untuk taman rekreasi awam.

“Oleh itu, pihak kerajaan akan berbincang dengan mereka untuk memajukan tersebut, yang bakal menghubungkan kedua-dua tempat ini dengan keseluruhan akan seluas sekitar 60 ekar tanah,” katanya.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakam gambar kenangan bersama-sama orang ramai pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Sambutan TBC DUN Batu Kawa, di Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho, di sini, hari ini.

ADUN Batu Kawa itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) DUN Batu Kawa, di Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, pembinaan taman rekreasi itu bertujuan merancakkan lagi pembangunan Batu Kawa yang seterusnya meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan.

Baca lain  Unimas perketatkan pemantauan pematuhan SOP

“Projek ini kelak akan merangkumi pembinaan taman tema air serta pembinaan pelbagai kemudahan rekreasi seperti laluan joging, berbasikal, mendaki dinding tiruan dan banyak lagi.

“Bagaimanapun, semua rancangan itu akan dilaksanakan secara berperingkat kerana setakat ini kita masih dalam fasa pertama.

“Fasa ini melibatkan pembinaan dewan serbaguna, hub inovasi TEGAS dan beberapa kemudahan lagi dengan kos RM20 juta di kawasan bekas kuari Ang Cheng Ho seluas 20 ekar yang merupakan tanah milik kerajaan negeri,” ujarnya,

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,