ARTIKEL

UTAMAKAN KEBERSIHAN... Penduduk terlibat mengangkat bingkai besi terbiar.

Taman Rose/Wunmas pastikan tahap kebersihan pada tahap maksimum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program gotong-royong membabitkan penghuni kawasan perumahan iaitu Taman Rose/Wunmas di sini , Kuching telah berlangsung Ahad lalu.

Program yang merupakan aktiviti tahunan itu dianjur oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rose/Wunmas.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rose/Wunmas, Jaya Awang, memberitahu program seumpamanya adalah antara keutamaan pihaknya bagi memastikan tahap kebersihan berada pada tahap maksimum di kawasan perumahan tersebut.

“Kebersihan menjadi fokus utama pihak kita di kawasan perumahan ini.

“Menariknya, program berkenaan pada tahun ini dilaksanakan sebelum kehadiran bulan puasa,” ulas Jaya mengenai perkara itu.

Menurut Jaya, kerja termasuk pembersihan kawasan perumahan seperti longkang dan sebagainya selain penyediaan tong sampah bagi kegunaan penghuni.

“Pihak KRT turut menyediakan tong sampah di Taman Rose dan Taman Malaga supaya memudahkan penduduk di kawasan perumahan membuang sampah,” tambah Jaya lagi.

Dalam pada itu, katanya, acara lain yang turut diadakan pada hari yang sama ialah senamronik pada awal pagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU