ARTIKEL

Datuk Wee Hong Seng pada sidang media Hari Bebas Kenderaan MBKS dan Kempen Earth Hour 2024 selepas sidang media di sini, hari ini.

Taman tema air di Padungan rancakkan sosioekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pembinaan Taman Tema Air Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Pusat Gastronomi Bandar Kreatif Unesco adalah untuk merancakkan sosioekonomi bandar raya Kuching khususnya penduduk sekitar kawasan Padungan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, projek yang sudah memulakan pembinaan minggu lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun merupakan inisiatif baharu untuk kawasan tersebut setelah bertahun-tahun tiada sebarang pembaharuan.

“Saya berbangga untuk mengatakan bahawa ini adalah salah satu pencapaian kita bagi kawasan ini dengan ia dibiayai oleh Kerajaan Sarawak, setelah sekian lama tiada projek besar baharu dibangunkan oleh wakil rakyatnya.
“Jadi sekiranya wakil rakyat atau pihak pembangkang tidak bersetuju, ia terpulang kepada mereka. Namun yang pasti, projek pembangunan ini adalah dilakukan untuk rakyat.

“Kita mahu menghidupkan ekonomi seluruh kawasan Padungan kerana ia kewajiban kita sebagai pemimpin,” katanya selepas sidang media Hari Bebas Kenderaan MBKS dan Kempen Earth Hour 2024, di sini, hari ini.


Berita lanjut dalam epaper STSS

BERITA LAIN

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,