ARTIKEL

TAMAN WAKAF DUSUN ILMU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IKMAS buat julung kalinya mengadakan Majlis Pelancaran Taman Wakaf Dusun Ilmu Ikmas yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha bertempat di Gelanggang Bola Tampar Ikmas.

Timbalan Pengarah Ikmas, Ustaz Abd Malek Ghazali membentangkan projek tanaman buah-buahan tempatan di sekitar Ikmas.

Seterusnya, Misnu mengambil bahagian menanam pokok nangka sebagai gimik pelancaran majlis sekali gus merasmikan taman wakaf tersebut.

Majlis diteruskan dengan sesi amanat Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak kepada kakitangan Ikmas termasuk para pelajar di Auditorium al-Wadi.

Beliau berasa berbesar hati merasmikan Majlis Pelancaran Taman Wakaf Dusun Ilmu Ikmas dan mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada warga Ikmas yang menjayakan projek taman wakaf.

Selain itu, beliau juga menekankan aspek kepimpinan kepada pelajar Ikmas yang tidak hanya tertumpu kepada bidang keagamaan, malah memantapkan diri serta pengetahuan dengan kemahiran teknologi dan sains dari masa ke masa.

Beliau berhasrat Ikmas melahirkan golongan muda sebagai pelapis pemimpin pada masa akan datang bukan sahaja di Sarawak, malah seantero Asia.

Majlis diserikan dengan persembahan Qasidah oleh Kumpulan Qasiah Raudatul Muhubbin serta persembahan choral speaking yang dikombinasikan dengan dikir barat dan nasyid daripada pelajar Ikmas.

Semoga projek taman wakaf dusun ilmu Ikmas dapat memberi manfaat kepada semua warga Ikmas dan penduduk setempat di sekitar Kampung Telaga Air

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU